Sesekali diri ini terasa pelik dengan realiti hidup ini. Bukannya apa setelah 25 tahun hidup di muka bumi ini, baru ku sedari rupanya aku memang hensem lagi bergaya.
Namun,
kelebihan ini mempunyai satu kelemahan yang nyata. Ini adalah kerana walaupun kacak ke segak ke cute ke (panggil laa apapun) ia masih gagal memikat hati wanita cantik, yang lebih memeritkan ia menjadi tumpuan golonggan sonsang yang mencintai jantina yang sama.
Fenomena ini sungguh membimbangkan kerana selama diri ku hidup sudah banyak kali ku cuba dipikat oleh orang yang terkeliru ini. Sebagai lelaki sejati, semua godaan itu berjaya ditepis dengan penuh hemah tinggi.
kes,
terdapat beberapa kes yang boleh dikongsi di sini untuk membuktikan bahawa ku tidak menipu:
- Semasa diriku berada di tingkatan 4, 5, dan 6 terdapat dua orang pelajar senior yang 'mengapproach' aku untuk dijadikan 'adik angkat' kata mereka. Sehingga satu tahap kedua-dua mereka membuat satu pertaruhan yang mengatakan siapa dapat menjadi abang angkat ku akan menang apatah (tak ingat sbb dah lama). Kesudahannya, kedua-duanya gagal kerana I'M STRAIGHT.
- Semasa di UiTM cawangan Arau Perlis, ketika itu hampir-hampir final exams. Aku ke kolej lelaki yang satu lagi kerana di sana terdapat bilik study yang ada aircond, ketika sedang duduk bersendirian sambil cuba membaca buku apatah (tak ingat subject apa yang penting fail). Secara tiba-tiba datang pula seorang lelaki yang lemah lembut perilakunya ke arah ku. Kemudian, dia berkata "awak kawan kita yang kat sana tu nak kenal, ni nombor dia. nanti contact tau". Ku selitkan kertas itu ke dalam buku yang ku baca itu yang akhirnya hilang bersama buku yang entah ke mana ku campakkan.
- Terbaru di UiTM Shah Alam, semasa aku baru balik dari kelas. Aku baru sahaja menghidupkan enjin kereta Kelisa kesayangan ku lalu terpandang di cermin depan kereta ada surat. ku sangkakan surat saman, namun setelah diambil dan dibaca rupa-rupanya surat cinta. Suratnya berbunyi begini: "Hai Alijoe, saya dah lama perhatikan awak, awak sangat comel. boleh tak kita berkenalan dengan lebih rapat? ni no saya" ada arrow tunjuk ke arah belakang. kemudian ku pusingkan surat itu tertulis pula perkataan ini: "sebelum awak call saya nak bagitau, SAYA SEORANG LELAKI, SAYA TAU INI SALAH tapi kalau awak tak kesah ini no saya, 010...". Perasaan bercelaru pada masa itu. mula-mula happy jugak sebab ingat ada peminat tapi tak sangka pulak peminat itu seorang lelaki terus jadi kusut dan keliru. Card itu telah pun tercicir entah ke mana dan penghantarnya masih lagi menjadi tanda tanya.
Banyak lagi peristiwa yang melibatkan diri ku dan kaum sejenis ini yang tak dapat diceritakan di sini kerana ku banyak assigment lagi yang perlu dihadap selain blog ini. hahaha...
Pelik ku rasakan kerana gadis hot cantik jelita tak pandang diri ini namun bagi golonggan sejenis diriku bagaikan pujaan dan seperti magnet cepat sungguh mereka terpikat dan cuba memikat.
biarlaaa... terus pelik...
END
alijoe