Saturday, December 29, 2012

Internship Sept- Dec 2012

ni semua gambar2 yg sempat dirakamkan ketika aku menjalani latihan industri ataupun practical training:


Ini Logo company yang aku intern tu.


Ini pula merupakan office JPDC.

JPDC dinner + Karaoke

JPDC away day

The Team

Rajinkan...

x cukup 1 komputer perlukan 2

muka retard

Cik Supervisor bincang isu negara

Kacak bukan... ;)

Last event with JPDC team

Cik Suria si Supervisor

Senyuman Manis

The Last Dinner

Sunday, December 23, 2012

Doa, Sumpahan, & Hajat

3 kisah untuk difikir-fikirkan:

Dakwah Nabi di Taif ,
Nabi Muhammad ke Taif untuk berdakwah dan menyebarkan ajaran Islam dengan harapan penduduk Taif akan memeluk agama Islam. Namun begitu, penduduk Taif enggan memeluk Islam malah menentang dan menghina Nabi. Bukan itu sahaja, mereka bertindak aggressif dengan membaling batu-batu tajam kepada Rasul Allah dan sahabat yang datang berdakwah.
Setelah keluar dari Taif dengan penuh kecederaan yang teruk, baginda berehat di sebuah kebun anggur. Lalu datang Malaikat berkata "Wahai Rasulullah, kami bersiap sedia menjalani perintah tuan. kalau dikehendaki kami sanggup menyebabkan gunung-ganang di sebelah ini berlanggaran sehingga penduduk di sekitarnya mati tertindih. kalau tidak tuan cadangkan sahaja apa hukuman yang selayaknya diterima oleh orang-orang ini."
Mendengar kata-kata malaikat itu, Nabi Muhammad pun berdoa "Walaupun orang-orang ini tidak menerima Islam, saya harap dengan izin Allah suatu hari nanti anak-anak mereka akan menyembah Allah dan berbak kononnya ti kepadanya".

Kisah Lagenda Mahsuri,
Mahsuri merupakan Gadis tercantik di Langkawi. Disebabkan ramai yang cemburu akan dirinya, dia difitnah sehingga dijatuhkan hukuman bunuh dengan cara sula hingga mati ketika sang suami tiada di tanah air. Ayat-ayat terakhir Mahsuri merupakan sumpahan di mana pulau Langkawi tidak akan tenteram dan akan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.
Maka tidak tenteram lah bumi Langkawi sehingga dikisahkan sehingga lahir keturunan ke 7 Mahsuri sekitar tahun 80an.

November 2012
Menjelang pilihanraya umum Malaysia, Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengadakan solat hajat serta mendoakan kehancuran UMNO dan BN pada pilihanraya yang akan datang. Mereka berdoa kerana rasa teraniaya dengan corak pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang dikatakan penuh dengan rahsuah dan penindasan.

Kesimpulannya, kita pilihlah yang mana ingin dicontohi dan dijadikan panduan. Tidak mengatakan mana yang betul atau mana yang salah, namun persoalannya yang manakah lebih mulia dan harus dicontohi.

sekian.

Alijoe

Tuesday, July 17, 2012

kembali


lama x update blog disebabkan 30% busy dengan study, 15 % game lg best, 5% main fb, dan 50% kemalasan yg super... :)
xpe, aku akan cuba update2 mulai skang...  :p