Wednesday, September 23, 2009

siapakah pengundi yang bijak?

Sering kali hati tertanya siapakah pengundi yg bijak dan apakah ciri-ciri tersebut.
hurm...



kadang kala kita sebagai rakyat Malaysia terpedaya dengan janji2 dan pelbagai fitnah dunia akhir zaman ini. Antara contoh penipuan yang jelas dan nyata ialah, kita ke ceramah umno mereka akan berkata jadi lah pengundi yang bijak dengan mengundi parti kerana kami memperjuangkan bangsa, seterusnya ke ceramah parti pkr undi lah kami kerana kami memperjuangkan keadilan, dan pabila ke ceramah parti pas mereka akan berkata undi lah kami kerana kami memperjuangkan agama.



Persoalan utama, antara ketiga-tiga parti yang mana kah kita pilih akan menjadi pilihan yang tepat kerana kesemuanya bijak bermain kata serta menabur janji manis kepada semua orang. Impaknya, kita sebagai orang biasa akan berbelah bagi kerana ingin memilih mana yang lebih tepat dan menguntungkan.



Ini hanya cadangan dan saranan, fikirlah jika benar ataupun salah, itu hak anda untuk menilai;



Pada diri ini, untuk memilih tidak sukar, caranya mudah sahaja:



1) Jangan percaya apa-apa yang berlaku pada tarikh yang hampir dengan pilihanraya.
contohnya, dah dekat pilihan raya semua wakil rakyat tidak kira umno, pkr ataupun pas mula sibuk berbuat baik dan menabur bakti serta janji-janji yang belum pasti. Ataupun, pabila hampir dengan pilihan raya berlaku la kes yang bukan-bukan, itu semua jangan percaya. sebaliknya percaya la kepada apa yang berlaku 4 tahun seblumnya, kemudian nilai sendiri mana yang baik.



2) Percaya dengan apa yang berlaku
Ini mudah saja, banyak negara maju menggunakan cara ini. Begini, tempoh untuk pilihanraya besa adalah 5 tahun sekali, jadi nilai dari 5 tahun itu nilailah dari segi pembangunan, perubahan, kemajuan serta tak lupa janji-janji 5 tahun dahulu. contohnya, pkr pegang pentadbiran selangor, pas kelantan dan umno johor, jadi nilaikan kadar kemajuan, kadar perubahan negeri-negeri tersebut dan jangan lupa apa yang dijanjikan parti 5 tahun dahulu. Islam sepenuhnya kah kelantan, terbelakah Melayu di Johor ataupun tersangat adil kah situasi di selangor. mudah bukan? pakai mata dan minda kita dapat lihat secara jelas dan nyata.



3) Tolak segala alasan yang diberikan
Sebenarnya tidak kira parti mana, mereka akan memberi alasan seperti "tidak cukup 5 tahun untuk mengubah sesuatu perlukan masa lagi" atau " tidak dapat dilaksanakan atas sebab..."
pelbagai alasan yang diberikan. Wahai parti-parti politik, kamu diberi masa 5 tahun jika tak dapat buat apa yang kamu rancangkan ini bermakna kamu gagal. cuba kita lihat negara luar, Britain lah contohnya, pada 1 penggal jika mereka gagal kebiasaannya pilihanaya berikutnya mereka kalah.



banyak lagi yang bleh dicadangkan namun ini sudah memadai. kita amek pepatah dari bahasa inggeris " the end justify the need" kerana sesungguhnya keputusan yang membuktikan sesuatu.



sekian...


Alijoe86

Di sini tanpa kamu

hahahaha...
ni alih bahasa dari lagu here without u kumpulan 3 door down
siapa kata lagu melayu je jiwang?


DI SINI TANPAMU

seratus tahun menjadikan aku tua,
sejak kali terakhir ku lihat wajahmu yang jelita.

seribu cahaya telah menjadikan aku dingin,
dan ku tak fikir ku pandang ini dengan sama,

namun semua jarak yang memisah,
semuanya hilang sekarang bila ku bermimpikan wajah mu.

aku di sini tanpamu syg,
tapi kau masih dalam minda ku yang sunyi,
ku fikirkan tentangmu syg,
dan ku bermimpikan mu selalu,
aku di sini tanpamu syg,
namun kau masih di dalam bayangan ku,
dan mlm ini hanya antara kau dan aku.

berbatu-batu terus berputar,
orang dari semua arah mengucapkan hello,
ku dengar hidup ini berlebihan,
namun ku harap ia semakin baik akan datang,

aku di sini tanpamu syg,
tapi kau masih dalam minda ku yang sunyi,
ku fikirkan tentangmu syg,
dan ku bermimpikan mu selalu,
aku di sini tanpamu syg,
namun kau masih di dalam bayangan ku,
dan mlm ini hanya antara kau dan aku.

semua yang ku tahu,
dan ke mana saja ku pergi,
ia jadi semakin susah tapi tak dapat hilangkan cintaku,
dan yang terakhirnya tumbang,
bila semuanya telah dikatakan dan telah dibuat,
ia jadi semakin susah tapi tak dapat hilangkan cintaku

aku di sini tanpamu syg,
tapi kau masih dalam minda ku yang sunyi,
ku fikirkan tentangmu syg,
dan ku bermimpikan mu selalu,
aku di sini tanpamu syg,
namun kau masih di dalam bayangan ku,
dan mlm ini hanya antara kau dan aku.



susah gila nak tukar bahasa lirik lagu ni
hahaha...
ada yang salah kot.
=p

Wednesday, July 1, 2009

Bola Sepak setahun

Setelah Setahun tidak bermain bola sepak, akhirnya pada ari ahad lepas kembali ke padang bola.
begini ceritanya:

petang tu dengan niat nak kuruskan badan pergi ke setia tropika untuk berjogging. Namun, apabila turun dari kereta nampak orang tengah streching untuk main bola. secara tiba-tiba ada abang tu ajak main skali.

so dengan perasaan selamber join la diaorang. Rupa2nya ada perlawanan persahabatan antara team setia tropika dengan team yg tak dikenali. aku bermain untuk team yg tak dikenali tu, yela jc xde nama team mana nak tau.

mula2 semangat nak main, tapi lepas 10 minit main dah x semangat lansung di atas sebab2 berikut:

1) Dah pancit, lari pun x btol
2) kepala pening2 lalat kekurangan oksigen masa lari
3) main striker tapi xde stamina
4) banyak lagi bleh tulis tapi malas

so, pastu balik dengan kekecewaan walaupun team yg tak dikenali tu menang 4-1 tapi ada ler dekat 5 peluang miss mcm tu je

sedey...

alijoe86

Sunday, June 21, 2009

RM1 VS RM100

Secara lazimnya manusia akan dengan pantas memutuskan bahawa RM100 lebih bernilai berbanding RM1. Persoalannya di sini, benarkah kenyataan itu ataupun sebaliknya.

Bagi merungkai permasalahan ini, kita bertanya kepada
Ali Johari Mohd Sharazlee,
DBS,
UiTM Johor.

di dalam temubual yang begitu ilmiah sekali, jejaka kacak lagi hebat ini mengulas serta memberi ideologi hensem beliau. Ikutilah dan fahami kata-kata beliau ini:

"Sesungguhnya kenyataan itu adalah kurang tepat kerana jawapan yang sebernanya ialah 'nilai sesuatu wang itu bergantung kepada situasi dan kegunaannya'. Maka tidak wajib bagi RM100 lebih tinggi darjatnya jika dibandingkan dengan RM1.

Supaya lebih mudah memahami kata-kata saya, kita lihat contoh ini:
2 orang jejaka yang sedang berjalan di padang pasir yang tandus, mereka sudah kehausan yang teramat sangat. Seorang ada RM100 dan seorang lagi cuma ada RM1 di dalam poket seluar. Tiba-tiba beliau terlihat kedai menjual air tebu gemereh, maka mereka terus ke makcik itu dan ingin membeli air tebu tersebut. Namun malang bagi pemuda yang memiliki RM100, kerana makcik tu tiada duit yang cukup untuk baki RM99 jadi dia tidak dapat beli air tebu. Tetapi bagi pemuda yang ada RM1 berjaya menikmati air tebu gemereh itu.

Perkara di atas merupakan 1 contoh di mana RM100 kalah nilainya pada RM1, walaupun ada yang akan berkata "alaa ada RM100 beli la 100 bungkus" namun makcik tu pun akan cakap "tebu tak cukup nak wat seratus, duit lebih burn bleh tak?"
Nampak? lemahnya RM100 pada situasi dia atas. Maka Jawapan bagi persoalan kita pada hari ini, situasi yang menentukan sama ada yang kecil boleh memenangi yang lebih besar. Itu saja dari saya hari ini."

Berdasar hujah bernas dari Ali Johari, diharap segala persoalan ini terjawab. sekian terima kasih.


Alijoe86

Baju dan Aku

Ni adalah luahan rasa, hahaha...
tak jugak.

Dulu ada kawan beritahu, "kalau kau pandai 'dress up' mesti ramai peminat, muka dah ada cuma tak pandai bergaya je". Berdasarkan kata-kata itu, memang tersangat diri ini mengakui yang tidak pandai bergaya ataupun berfesyen. Sememangnya kekurangan yang jelas lagi nyata. =)

Sebenarnya, diri ini memang teramatlah tidak suka membeli baju ketika bershopping. Pakaian yang dipakai hanya baju-baju yang dibeli sempena perayaan Aidilfitri ataupun baju-baju percuma dari mana-mana aktiviti mahupun karnival =p. Permulaan bagi masalah diri ini dengan pakaian bermula sedari kecil lagi sehingga remaja dan meningkat dewasa.

Pada zaman comel-comel dulu, sangat suka bermain permainan seperti patung aksi (action figure) dan menonton tv 24 jam. Ingat lagi dulu ada patung ninja turtle, batman, power ranger dan lain-lain lagi. Namun, setiap kali datangnya hari lahir ataupun 'birthday' diri ini sering mendapat hadiah yang bernama baju.

Setiap kali dengan penuh harapan membuka hadiah, kecewa dalam senyuman bila mendapat baju. hehehe... Oleh sebab itu, diri ini kurang berminat membeli baju yang dijual di mana-mana kedai. Pakai saja baju yang ada dan baju yang dapat dengan percuma sama ada pada hari raya mahupun pemberian orang. =)

Post merepek ni digarap kerana teringat semasa hendak membelikan hadiah bagi harijadi Johan, Nakhwan dan Balqis, diri ini enggan menghadiahkan kanak-kanak kecil itu baju. Namun, nakhwan tidak pandai main mainan jadi terpaksa juga bagi baju.

Oh, bagi yang tidak tahu, Johan adalah adik kepada diri ini ataupun nama penuhnya Ali Johan Mohd Sharazlee, Nakhwan pula anak sedara yang comel; Rizq Nurnakhwan Mohd Najib, dan balqis plak anak mak y; xtau nama penuh dia. hehehe...

Lastly, nak mainan... nak mainan... nak mainan... xnak baju... xnak baju... xnak baju...


alijoe86

Friday, June 19, 2009

Lamanya

Hmm...

Dah tersgt lama x update blog ni.
bz sket je, malas nak menaip yg byk.
on9 je check mail, bace komik (manga2 free of charge).
xpun on pc tgk cite friends.

kalau tgk blog badek dah berapa ratus post tah dia postkan,
die hard blogger tu. hehehe...

Monday, April 13, 2009

Respond to Badek and Sepat ttg Filem Melayu

Diri ini terbaca blog badek yang mengkritik filem melayu dan dia pun ada menyatakan yang di blog sepat pun ada kritikan juga, jadi tulisan ini adalah untuk rakan karib ku ber2 ini.

Iya, ada berberapa isu yg dibangkitkan itu ada benarnya dan diri ini sokong semangat dan pendapat mereka untuk memajukan industri filem negara. Namun begitu 1 soalan penting yang perlu dijawab, wahai 2 orang saudara ku berapa kali kah kalian ke wayang menonton filem melayu? Jika tidak sampai 100 filem tidak adil mempersoalkannya. Pada diri ini, filem melayu tetap ada nilainya dan standard yang tersendiri.

Kebanyakan filem melayu bertemakan kasih sayang, iya memang betul dan tidak dinafikan, namun itu lah yang diinginkan oleh majoriti rakyat Malaysia, cuba imbas kembali berapa banyak filem yang tak diletakkan babak cinta yang telah kecundang di industri ini. Sebagai contoh: Syukur21 (lakonan Raihan), Syaitan (Rosyam nor), dan lain-lain lagi. Pendek kata rakyat Malaysia atau lebih specific masyarakat Melayu inginkan filem2 sebegitu, so majoriti win. hehehehe...

Berkenaan dengan cuba meniru filem luar tu diri ini juga mempunyai pendapat yang sama. Contohnya filem Pontianak Harum Sundal Malam 2, babak pontianak turun tangga tu sebiji macam cite Juon kalau tak silap. Betul2 menghilangkan identiti hantu melayu. hihihi... Hantu melayu mana cecah tanah kecuali pocong, pontianak terbang and tak jejak tanah. Sebab tu la ada petua orang tua2 kalau nak tau hantu ke orang bila malam2, pusing belakang pastu kangkang pastu tgk dari celah kang2 tu, kalau cecah tanah manusia kalau tak hantu la jawabnya. Apalaa suhami baba... tipu ea...

banyak lagi yang boleh diperdebatkan di sini ttg industri filem negara ini, alasannya simple sahaja iaitu 'it's not perfect, coz nothing is perfect'. Jadi x payah pertikaikanlah. kalau suka pergi tengok, kalau tak suka dok diam je x payah kutuk. =)

ok la, ni antara filem2 melayu yg terlintas dan masih diingati oleh diri ini.

1) Geng (upin & ipin)
2) Buli (Adflin Shauki)
3) Cicakman (Saiful Apek)
4) Cinta (Banyak org)
5) Castello (Rosyam Nor)
6) Bisikan Cinta (Azhar Sulaiman)
7) Ali Setan (tak ingat nama hero dia)
8) Gila-Gila Remaja (Faizal Hussin)
9) Suami, Isteri dan... (Rosyam Nor)
10) Kami (Sudirman)
dan pelbagai lagi Zaman Badul, Os, P. Ramlee dan sebagainya...


end
Alijoe86

Hmmm...

Lama sungguh rasanya diri ini tidak mengepostkan apa2 di sini. semuanya bermula selepas balik dari MDO, Stremix rumah sewa ini rosak, dan hanya berjaya diperbaiki pada minggu yang berikutnya. Namun malang sekali, minggu2 berikutnya diri ini masih gagal untuk menulis sesuatu yang baru dek kerana kesibukkan melampau dan masalah kesihatan yang tidak menentu.

Sememangnya telah dijadikan budaya di UiTM Johor yang sering menjadi tanda tanya; mengapakah pada 2 minggu terakhir dijadikan minggu sibuk bagi pelajar-pelajarnya. Rakan2 dari UiTM Arau berkata "selalunya pada minggu terakhir kitaorg dah relax, bila masuk sini lain pulak minggu last la lecturer letak test berderet, bagi assignment dalam masa singkat dan macam2 kerja lagi yang kena buat"


Pada diri ni yang telah terbiasa dari part 1 pun back up la kampus sendiri, dengan berkata "semua lecturer nak student rasa pressure sebab nanti dah keje mcm ni lah tekanannya, bos mintak wat mcm2 last2 minutes." Tapi bila fikir balik ada keje yang dah lama lecturer bagi, cuma due date je last week of study, tapi student yang wat last minutes. Namun tak juga dapat dinafikan bahawa sesetengah lecturer agak kejam laa, sampai study leave pun nak wat presentation, test, dan lain2.



Jadi sebagai warga kampus sama ada student atau lecturer perlu ada tolak ansur, coz in the end nobody perfect. hehehehe... Ini dah jauh merepek ni. Objektif sebenarnya nak bagitau bz je, hehehe... study week dah start so kena blaja.

kawan2 mari kita blaja...
=)


end
Alijoe86

Tuesday, March 17, 2009

Insurance VS rakyat Malaysia

Pagi td bebual beberapa isu dgn teman serumah iaitu 'Faez si pejuang umat', maka timbul la isu mengenai insuran. Beliau menceritakan bagaimana tuntutan insuran tertangguh sejak 6 tahun lepas, proses-proses tuntutan, dan lain-lain lagi. Menurut beliau, kes perlu masuk makhamah, kena upah peguam, dan anggaran bayaran dari rm7000++ hanya boleh dapat rm4000++ sahaja kerana selebihnya akan dikira charge penguam dan CHARGE DARI SYARIKAT INSURAN.

Teringat pula kisah yang diceritakan oleh Cikgu Nordin (cikgu tuisyen) ketika dia berada di England. Kisahnya begini, dia telah terlibat dalam kemalangan jalanraya, tuan punya kereta terus bertukar kad insuran dan balik ke rumah masing-masing. Oleh kerana bukan rakyat negara itu dan tidak tau apa perlu dibuat, Cikgu Nordin pun buat tak tau je; tak pergi syarikat insuran atau sebagainya. dalam beberapa hari secara tiba-tiba syarikat insuran yang menelefon dia dan bertanya dan terus membuat proses tuntutan kemalangan yang tidak dituntut itu.


Ini la perbezaan insuran Malaysia dan luar negara. polisi jauh berbeza. Di negara kita syarikat insuran sering menuntut bayaran insuran kereta laa insuran nyawa laa atau lain-lain. minta orang bayar atau beli insuran diaorang. namun bila sesuatu berlaku dia letak procedur-procedur yang mengelirukan supaya tidak perlu membayar mangsa ataupun membayar dgn harga yang murah.


Salah seorang pakcik saya yang bekerja sebagai pegawai bank, dia cakap ada kawannya yang kehilanggan kereta. apabila ingin membuat tuntutan insuran (total lost) secara tiba-tiba kereta yang hilang tu boleh ditemui... dan lagi yang membuat isu itu bertambah pelik, kereta itu hanya tinggal rangka sahaja. oleh sebab rangka kereta itu ada maka tuntutan total lost tidak boleh dilaksanakan. syarikat insuran kata jika ingin tuntut bayaran, mereka hanya akan bayar kos pembaikpulihan. dengan erti kata lain, kereta yang tinggal rangka tu dibaiki jadi kereta semula dan owner x dapat bayaran pape sebab syarikat insuran terus berurusan dengan bengkel.


Pelik bukan kepalang. macam mana bangkai kereta tu bleh ditemui secara tiba-tiba betul-betul semasa owner nak wat tuntutan. sama ada syarikat insuran bersubahat dengan pencuri kereta atau dia ada mesin pencari yang tersangat lah hebat. Perkara yang sama berlaku pada keretaViva ibu yang dicuri orang. Apabila nak buat tuntutan insuran je tiba-tiba kereta bleh jumpa. hai.... di manakah ketelusan.


Rakyat negara kita ditindas oleh syarikat-syarikat insuran yang semakin berlambak di luar sana, dengan pelbagai taktik kotor mereka membuli kita. Bukankah kita pengguna? dia mana hak kita!!! Mungkin perkara ini tidak dirasai oleh golonggan kaya-raya kerana banyak duit, tetapi golonggan sederhana dan rendah pendapatan akan jelas terasa kesan penipuan ini.


Pernah sekali bertanya dengan orang yang menjual insuran 'kenapa bila nak duit senang je cari dan siap tuntut macam kita berhutang la pulak, tapi bila nak wat tuntutan susah bukan main lg?' jawapan yang diterima adalah 'kami terpaksa wat procedur-procedur tu sebab rakyat malaysia ske menipu dan buat tuntutan palsu.' hahahhahaha... Sekarang siapa menipu siapa ni???


Erm... serba salah, insuran tu wajib untuk semua kenderaan dan keperluan untuk kehidupan ni tapi syarikat-syarikat di malaysia ni jahat-jahat belaka.


kepada yang menjual insuran tu minta maaf laaa


apa yang ditulis ni mmg btol pun


korang memang penipu.


hahahaha


END

alijoe86

Sunday, March 15, 2009

Kemenangan LFC kebodohan MU

Selepas berfikir panjang selama 1 hari genap kemenangan pasukan kegemaranku iaitu liverpool FC ke atas Man Utd (4-1), beberapa analisis telah dibuat. Di saat Ronaldo berjaya menjaringkan gol pembukaan pengulas ada menyebutkan yg setiap kali Ronaldo score gol pendahuluan kat Old Traffod secara statistiknya menunjukan Man Utd akan menang. Namun, kacundang jua dgn memalukan=) . Persoalan utama ialah apa dah jadi dengan alex ferguson dan apa yang dia cuba lakukan semlm. en alex, jika terbaca blog ini silalah jawab soalan2 berikut:

1) Kenapa biarkan Vidic marking Torres?
Soalan ini sgt penting dijawab, kerana jika kita sedari pada hari rabu lepas LFC telah pun meng-ayam2-kan Real Madrid dgn 4-0. Jika sesiapa tidak perasan, pada mlm tersebut Fabio Cannavaro adalah org yg bertanggungjawab marking Torres. Namun dgn selamber je torres memperkotak-katikkan mamat tu. bagi yg tidak mengenali Cannavaro merupakan center defence Itali dan merupakan DEFENCE TERBAIK WORLD CUP 2006. Jadi, kenapa dgn bodohnya si ferguson bangang tu bleh suruh bdk hingusan bernama Vidic marking Torres? Si Ferdinand kan ada mlm tu.... Apalaaa... Pelik! Pelik!

2) Kenapa tak suruh Ronaldo tu attack bahagian kiri?
Seperti yang kita sedia maklum pada mlm tersebut Arbeloa telah tercedera pada sesi memanaskan badan dan carragher telah menggantikan beliau selaku defence kanan serta hypia telah menggantikan Caragher sebgai defence tgh seblh kanan. Jadi, secara teorinya bahagian kanan LFC agak rapuh pada mlm tersebut kerana semua pun tahu yg Caragher dan Hypia mempunyai kelemahan yg nyata iaitu kepantasan yg slow. Kenapa tidak disuruhnya Ronaldo serang dari bahagian yg lemah itu? Jika kita sedari gol Man Utd tercipta apabila park ambil kesempatan di sebelah yg lemah itu. Jikalau Ronaldo menyerang dr arah itu sudah tentu lebih byk peluang. Tetapi pakcik Ferguson ni menyuruh Ronaldo serang dari arah yg lemah itu setelah Man Utd ketinggalan 3-1 di mana Ronaldo berada dlm keadaan yg bgtu beremosi dan menyepak bola mcm org gila. kesimpulannya, Ronaldo perlu attack dr arah itu sejak mula perlwnan. Dgn bahasa yg lebih mudah Ronaldo VS Carragher & Hypia sejak mula keputusan akan berlainan.

3) Kenapa kesebelasan utama tiada pemain otai?
Minit ke-73 baru Giggs & Scholes masuk sebagai pemain gantian, namun semuanya sudah terlambat. Sepatutnya, dalam squad mesti ada sekurang-kurangnya 3 pemain berpengalaman utk merancang dan menyelia pemain2 muda, Tetapi Mr Alex letak Van De SAr sebgai satu2nya pemain lama di padang. dia gol keeper mana leh control rentak permainan. Dulu dia jgk sound Arsenal xde org pengalaman kat tgh pastu mlm kekalahan tu dia leh wat benda yg dia ckp tu. Bodoh punya org...

Walauapapun, kerana kebodohan yg telah disenaraikan di atas ini, LFC telah menang!!! YEAH!!! kesian fan Man Utd. Squad gila gempak tapi xleh wat pape... Semlm tu liverpool cuma letak 3 org je attack iaitu Torres, Gerrard dan Kuyt kadang2 tlg naik, ada reira tp mcm xde so squad liverpool cuma pakai 70% je dari kehebatan mereka. sedar x arbeloa xde, Xabi alonso xde, dan paling penting Torres x fit lansung pada malam tu. Itupun Man UTd xleh mkn LFC, memalukan laaaa... hahahahahahhahahahahah... Oh lupa pula, fakta paling penting main kat Old Trafford Gelanggang Man UTd tu... hahahahahahahhahahahahahahhahaha..........

buuuuu!!!!!! LaaaaauuuuuuuuuuuuuuuuKKKKKKKKKKK!!!!!!!!

Wednesday, March 4, 2009

Novice around the corner

Novice cup is around the corner and i already feel the heat!!!
i'm so nervous...
what would happen
i'm not reading anything seriously
what happen in pakistan, sri langka, malaysia and any part of the world?
someone tell me
i love to listen more than read

someone help me!!!!!

Thursday, February 19, 2009

Sister in Islam

to all Muslim,
be careful of this organization. especially woman because this group try to change Islamic rule that being stated in Al-Quran by the name of Woman Right. they said that Islamic rule is outdated (ketinggalan Zaman) because in the modern day women are different from the old day.

An example of the changes they try to propose is the faraid system. they argue bout the percentage that Muslim woman and man get in faraid system. then they bring certain issues that woman are being treated badly by Muslim man in example husband, father or brother.

They have a hidden agenda toward Islam. so everyone should be careful.

ow 1 more thing, most of them are not wearing tudung.

Wednesday, February 18, 2009

Kosong
Rasa yang hadir di saat ini,

bukan kesunyian cinta,

bukan juga kurangnya acara,


kosong,

mungkinkah kerna-nya,

ataupun hanya jiwa lara,

ini bukan kecewa,

mahupun terasa,


kosong,

permulaan bagi segala,

berakhir dengan tiada,


kosong,

tiada masalah atau musibah,

sekadar bekarya yang tak seberapa,


kosong,

itu penuh makna,

penuh rahsia,

untuk semua.

Monday, February 16, 2009

Slot Akasia

Verse

Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar dikaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga belum dijamah pahitnya jelas terasa


Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang


Chorus

Dari satu hujung ke satu penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita
Hingga paling kelam kan terpapar di slot akasia


Verse


Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Chorus

Brigde

Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata ditutup disitu ada cinta

Madah Pujangga

Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat dipinggirkan
Namun kita manusia senang dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkan tinggi
Tak menjunam jatuh menghempas ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontaran sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nak dikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpi ngeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati


Chorus sampai habis

Sunday, February 15, 2009

Sri Wacana

FUN! FUNNY! WEIRD!

FUN!
Because there are a lot of new talent.
and i think they can go far if they stay at the club and come for training
honestly they are good in debate and if they really understand debate they will be better than me or better than tressa or raihana or others seniors debater.
Hopefully they stay at club and polish their potential and be patience.

FUNNY!
The participant manage to come with a lot of funny statement and make the debate session become more fun. I'm so jealous because i cant take part in wacana since part 1 to 7, it's just because i had represent UiTM Johor. I be the adju for 1st and 2nd round but for 3rd and 4rd i become the swing team.

WEIRD!
The result of the wacana final make me so shock. The motion is THBT student should be allow to involve in politic. 1st place goes to SR B 2nd to SR A 3rd to Mutiara B and 4rd is DBS. It is so weird because both SR A and B is upper house but failed to fullfill their role as a speaker.
To make thing worst, SR A set a mechanisme like this "we on gov side beleive that all university student would be allow to involve in politic such as be part of the campaign or being elected as the mp". But they manage to get 2nd place. haih... pape laa adju2 tu...

Whatever pun i had a great day at wacana...

the end.

alijoe86

Saturday, February 14, 2009

Lagu ni pun Best

Coba


coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
untuk berbicara dengan kamu
pernahkah kau anggap
bila ku perlu tuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar senang kau merasa

chorus


siapa sebenarnya aku padamu

mungkin sama dengan teman lain

yang bisa kau buat begitu

dan bila

tiada lagi teman bermain

kau pulang mendapatkan aku

itulah aku

padamu...


coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata kau
bila ku kaku melihatmu
pernahkah kau ada
bila ku perlu tuk menyatakan rasa sakit dalam diri
dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

repeat chorus
maafkan kerana ku tak pernah
terlintas tuk menulis padamu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar
untuk kau melihat ke mataku

Bad Mood

I'm not in the mood...
but this song grab my attention...
=)

Kerna Terpaksa

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati

Gementar tibuhku dengan keputusan ini

Biarpun pedih ku teruskan jua


( korus 1 )
Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa

Tapi ku rasa berlainan caranya

Hingga mencakar perasaanku

Terpaksaku

Terpaksaku membuat pilihan

Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu


Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis

Tertutup hatiku untuk bercinta lagi

Tidak ku tahu bila kan terbuka


( korus 2 )
Di antara kita mengapa ada dia

Biarpun hanya kawan biasa

Tapi ku rasa berlainan caranya

Hingga mencakar perasaanku

Andainya ku melakukan begitu

Bagaimanakah perasaanmu

Terpaksaku

Terpaksaku membuat pilihan

Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

Happiness and Sadness

some wise people tend to come with the formula that happiness and sadness is relate to one and another. then come the karma rule which mean what u give u get back... if i not mistaken.

for the past 24 hour i felt happiness and sadness...

the happiness
when the debate briefing being change to debate practice, blue ask all the junior to pick one of the senior to be their training partner. An guess what, the pretty and sweet mutiara choose me as her training partner. I'm feel very happy because being approve by the junior (ada jgk org hargai aku... hehehe...) and to make me more happy Tiara is a very sweet and cun girl (ish... kalau lah single... erm..). The debate was well, actually I have no point because all the good point i gave to Tiara, so i just talking and talking and make thing sound nice but with no point at all. After that, I went home and do whatever i need to do. Then go to sleep.

the sadness
when i sleeping in peace, suddently all the stupid nyamuk bite here and there and make me woke up. Then I couldn't sleep anymore. shit! So i go to my PC,go to world wide web and try to make myself sleepy again. The purest of pain and a deep frustration appear when I log in to my Friendster account. I saw something that make me sad. Owh... please stop all of this bullshit!!! I hate this feelling. Damn... I'm not being too emotional but... fuck off laaa... mcm babi je semua ni.

I think I should stop now, before i mencarut become more worst.

to conclude,
happiness and sadness relate one and another...

The End
Alijoe

Friday, February 13, 2009

Wacana

At last, wacana will be start tonight.
I'm so excited...
The event start with a briefing tonight and a mock debate
the motion is 'THBT Malaysia should stop taking foreign worker'
I really hope that with this wacana Uitm Johor Debate society manage to get a committed junior for the future of this club.

can't wait...

Ali Johari



A= Alijoe gelarannya

L= Lelaki sejati bukan pondan mahupun gay

I= Impikan masa depan yg cemerlang



J= Johor negeri asalnya

O= Obses terhadap perkara tertentu


H= Harimau haiwan kesukaannya


A= Amat sukakan bola sepak


R= Rumahnya terletak di kempas baru


I= Inginkan kebahagian dunia & akhirat

Wednesday, February 4, 2009

I'm so Happy

Alhamdulillah.

Setelah sekian lama berusaha dan bertungkus-lumus mempromosikan celcom broadband akhirnya kejayaan tercapai jua.

4-2-2009 alijoe telah berjaya menjual broadband setelah 2 minggu menghebohkan kepada masyarakat umum.

Kegembiraan yang tiada tandingannya...
Perasaannya sama seperti mana-mana pemain bola berjaya menjaringkan gol pertama untuk kelab baru mereka. Sangat best!!!

Oleh sebab itu, semangat juang untuk menjual lebih banyak celcom broadband semakin mebuak-buak dan diharap semoga selepas ini ada lagi orang yang sudi membeli...

Syukur dari
Alijoe86

hahaha... bgn at 11.50am

Secara teknikalnya, i missed 2 classes today.

It all happen because last night (or this morning) my housemate and i have a long and nice conference. Guess what, we had a conference about Islam, Dajjal, and world issues. And the panels are Mohd Badek Gonzales, Ajeem the Traveler, The Naughty Karokansama, and Alijoe the Great.

The conference begin nicely with the conspiracy theory as the opener issue. we talk bout osama laden, war in iraq, arghan, and anything that relate with US army.

The 2nd issue are about Dajjal. How the Ulama' point of view and all the panels point of view.
The discussion become more complicated when The Naughty Karokansama give very uniqe, very creative and very not related example (we call it analogy in debate) for this issues.

Next issue is about Islam + mahzab + perbezaan fahaman and many more. this issue become hot when Mohd Badek Gonzales make a consphiracy with Ajeem the Traveler and The Naughty Karokansama againts Alijoe the Great. it is totally unfair fight.

The last issue is about virginity of a girl, sex and some of man stuff that cannot be mentioned here because to complicated to explain.

Finally, we slept around 4.45am in the morning.

The End.

Thursday, January 29, 2009

seperti ku jangkan terjadi, tewas sekali lagi...

i walk through lonely road once again,
the road that i'm always knew,
i thought she is the one,
and i found her,
but she the one make me cry,

can't take it this crush anymore,
can't take it this paintfull anymore,
and don't want to miss anyone anymore,
because in the end it kill me inside,

as i expected,
lost again,
make my heart more painful,
as i expected,
love come and go,
maybe my faith is to be alone...

my last hope is the same,
same like before this,
let me live without any love,
so all can know that i frustrated,

as i expected,
lost again,
make my heart more painful,
as i expected,
love come and go,
maybe my faith is to be alone...

maybe my faith is to be alone
be friend with loneliness...
for sure every night
i recall my memory
every happy moment that touch my heart
for sure that the only thing i can own
maybe for the rest of my life i just dreaming bout love...

hanya sekadar persinggahan

I am being so stupid because falling in love,
being the 3rd person in people relationship
wasn't a good thing...
i'm so sad...

i thought this time it's real
but...

i seek for real love but i failed again...
i'm sorry yati
i cannot share love some other guy
u want him then choose him
whatever u said
i'm still a rebound

so,
i've decided to walk away
really love u but i just cannot share...

just be happy...

Thursday, January 22, 2009

Mission Impossible

tomorrow i got 2 test back 2 back
om from 2.30-4.30pm
then selling 4.30-6.30pm
damn...
i should focus on 1 subject
and let go 1 subject
='(

Truth and Lies

"seperti jaringan labah-labah yg menipu mata manusia"

i can't remember which surah this phrase in Al-Quran,
but it tell the story about Nabi Muhammad being save by a spider.

some of orang bijak pandai, relate the this word with internet.
they define 'jaringan labah-labah' as 'world wide web' and 'menipu mata manusia' as all lies

to all my friends,
either i'm being crazy or being wise,
but just wanna share this thing with ur guys

war between Izrael and Palestin is just another lies of certain people
when i talk about lies in this matter i relate it to consphiracy

yes thousand people die
but
why suddenly before Obama become the 44th president of United State
this war could end smoothly

kesian orang Palestin jd mangsa keadaan, jahanam lah musuh Islam

to be honest, i don't know what behind this war
but
some of Islamic leader are been controll by US
and some research prove that even the most wanted man on earth;
Osama bin Laden is being controll by US
so,
all people involve please stop it
and
make the world be a better place.

I dont know what I melalut kat sini
but,
all of u please take at least 10 minutes and think about it
tq

the end

4 am

this is really weird...
I terjaga dari tdo at 4 am in the morning...
is it because kesejukan bilik?
or
is it because my heart is broken?
or
maybe because i'm nervous or afraid of something?

i try to find the answer by on9 and look at several stuff
and got the answer...
but let me keep the answer to myself
i want go back to sleep
but it already 6.43 am
and my heart still unsettled

if i going back to sleep i afraid that i miss my class at 10 am
but if i dont get enough rest
it would effect my presentation and my preparation to the test

hurmm...

what should i do

after this my life would be different

i hope my heart will be heal soon
i hope everything will be solve faster
i hope all the lies would be vanish

the end

Tuesday, January 20, 2009

Debate always fun

just arrived at my home in gemereh from debate training.
we do mock debate for Tressa friend and for ko-debate class.

the opp side win the debate but it still fun
i'm happy that ko-debate are willing to study and have fun with us