Sunday, June 21, 2009

Baju dan Aku

Ni adalah luahan rasa, hahaha...
tak jugak.

Dulu ada kawan beritahu, "kalau kau pandai 'dress up' mesti ramai peminat, muka dah ada cuma tak pandai bergaya je". Berdasarkan kata-kata itu, memang tersangat diri ini mengakui yang tidak pandai bergaya ataupun berfesyen. Sememangnya kekurangan yang jelas lagi nyata. =)

Sebenarnya, diri ini memang teramatlah tidak suka membeli baju ketika bershopping. Pakaian yang dipakai hanya baju-baju yang dibeli sempena perayaan Aidilfitri ataupun baju-baju percuma dari mana-mana aktiviti mahupun karnival =p. Permulaan bagi masalah diri ini dengan pakaian bermula sedari kecil lagi sehingga remaja dan meningkat dewasa.

Pada zaman comel-comel dulu, sangat suka bermain permainan seperti patung aksi (action figure) dan menonton tv 24 jam. Ingat lagi dulu ada patung ninja turtle, batman, power ranger dan lain-lain lagi. Namun, setiap kali datangnya hari lahir ataupun 'birthday' diri ini sering mendapat hadiah yang bernama baju.

Setiap kali dengan penuh harapan membuka hadiah, kecewa dalam senyuman bila mendapat baju. hehehe... Oleh sebab itu, diri ini kurang berminat membeli baju yang dijual di mana-mana kedai. Pakai saja baju yang ada dan baju yang dapat dengan percuma sama ada pada hari raya mahupun pemberian orang. =)

Post merepek ni digarap kerana teringat semasa hendak membelikan hadiah bagi harijadi Johan, Nakhwan dan Balqis, diri ini enggan menghadiahkan kanak-kanak kecil itu baju. Namun, nakhwan tidak pandai main mainan jadi terpaksa juga bagi baju.

Oh, bagi yang tidak tahu, Johan adalah adik kepada diri ini ataupun nama penuhnya Ali Johan Mohd Sharazlee, Nakhwan pula anak sedara yang comel; Rizq Nurnakhwan Mohd Najib, dan balqis plak anak mak y; xtau nama penuh dia. hehehe...

Lastly, nak mainan... nak mainan... nak mainan... xnak baju... xnak baju... xnak baju...


alijoe86

2 comments:

BadekGonzalez said...

hahaa..
xpe..
ko blom tua lagik..
bule beli esok maaa.
haha

lydia.ppg@gmail.com said...

TP NAKHWAN KATE DIE MMG NAK BAJU.... JD DUIT MUMMY DIE JIMAT, X YAH BELI BAJU UTK DIE TIME RAYE... BELIKAN AKAK NAJWA JE.... BAGUS NAKHWAN TU... ANAK YG BERTIMBANG RASE.... HEHEHE..... (BY ALONG YG PKAI IDENTITI ANGAH)....