Sunday, June 21, 2009

RM1 VS RM100

Secara lazimnya manusia akan dengan pantas memutuskan bahawa RM100 lebih bernilai berbanding RM1. Persoalannya di sini, benarkah kenyataan itu ataupun sebaliknya.

Bagi merungkai permasalahan ini, kita bertanya kepada
Ali Johari Mohd Sharazlee,
DBS,
UiTM Johor.

di dalam temubual yang begitu ilmiah sekali, jejaka kacak lagi hebat ini mengulas serta memberi ideologi hensem beliau. Ikutilah dan fahami kata-kata beliau ini:

"Sesungguhnya kenyataan itu adalah kurang tepat kerana jawapan yang sebernanya ialah 'nilai sesuatu wang itu bergantung kepada situasi dan kegunaannya'. Maka tidak wajib bagi RM100 lebih tinggi darjatnya jika dibandingkan dengan RM1.

Supaya lebih mudah memahami kata-kata saya, kita lihat contoh ini:
2 orang jejaka yang sedang berjalan di padang pasir yang tandus, mereka sudah kehausan yang teramat sangat. Seorang ada RM100 dan seorang lagi cuma ada RM1 di dalam poket seluar. Tiba-tiba beliau terlihat kedai menjual air tebu gemereh, maka mereka terus ke makcik itu dan ingin membeli air tebu tersebut. Namun malang bagi pemuda yang memiliki RM100, kerana makcik tu tiada duit yang cukup untuk baki RM99 jadi dia tidak dapat beli air tebu. Tetapi bagi pemuda yang ada RM1 berjaya menikmati air tebu gemereh itu.

Perkara di atas merupakan 1 contoh di mana RM100 kalah nilainya pada RM1, walaupun ada yang akan berkata "alaa ada RM100 beli la 100 bungkus" namun makcik tu pun akan cakap "tebu tak cukup nak wat seratus, duit lebih burn bleh tak?"
Nampak? lemahnya RM100 pada situasi dia atas. Maka Jawapan bagi persoalan kita pada hari ini, situasi yang menentukan sama ada yang kecil boleh memenangi yang lebih besar. Itu saja dari saya hari ini."

Berdasar hujah bernas dari Ali Johari, diharap segala persoalan ini terjawab. sekian terima kasih.


Alijoe86