Monday, September 20, 2010

Oh Tidak!!!

sesat dalam pencarian,
pelbagai pilihan yang mengelirukan
yang mengaburi kesahihan,
hanya...
mengharap yang kekal

apa mungkin ini yang tertulis
atau hanya sekadar rasa yang melintas
lalu mengundang kekecewaan

apa perlu membuat pilihan
atau mungkin biar bermain dengan suratan
mungkin perlu kita menafikan rasa
lantas memilih sunyi jiwa...

jarak tidak kan pernah membantu
malah membuka ruang rindu
yang mungkin hanya sehala
ditambah penanti yang tidak pasti

mungkin keliru sengaja menyembunyikan ia
agar dapat mengajar nilai
atau mungkin...

permaisuri beraja
putera puteri bersuka-ria
hamba ingin bertanya
mungkinkah ia?

beribu jawapan
ditambah dengan alasan
lantas terciptalah pengakhiran


No comments: