Friday, October 15, 2010

Selangor vs Kelantan 2010

Pada 12/10/2010 bertempat di stadium Shah Alam, Selangor telah berlansungnya perlawanan separuh akhir bola sepak piala Malaysia di antara pasukan Selangor menentang pasukan Kelantan. Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan sekitar 90 000 orang itu dipenuhi penyokong kedua-dua pasukan.

Perlawanan tersebut boleh dibahagikan kepada 3 perkara yang telah menarik perhatian ramai orang di stadium sehingga menjadi bukan sekadar bola sepak semata-mata. Perkara-perkara tersebut adalah:

1) Perlawanan bola

Semestinya kita ingin focus kepada perlawanan yang sedang berlansung di tengah-tengah padang. Perlawanan itu seimbang kerana pasukan Selangor nampak hebat di bahagian serangan tetapi lemah di bahagian tengah padang dan pengawalan bola yang kurang bagus. Manakala pasukan Kelantan pula, hebat di bahagian tengah padang dengan kawalan bola yang baik namun lemah pada bahagian serangan yang sering hilang bola. Perlawanan itu dicemari oleh aksi-aksi aggresif kedua-dua pasukan sehingga pengadil terpaksa melayangkan 2 kad merah.

2) Penyokong-penyokong

Sedari awal perlawanan, para penyokong telah menunjukkan sikap fanatik dan keganasan mereka apabila kedua-dua pihak bermain mercun dan peril antara satu sama lain. Setelah perlawanan berlansung para penyokong yang fanatik semakin menggila apabila mereka membaling objek ke arah satu sama lain. Lebih menyedihkan ada juga penyokong yang tidak berotak membaling mercun ke arah sukarelawan-sukarelawan yang bertugas sebagai pengangkat usung di tepi padang. Setelah perlawanan tamat penyokong-penyokong ini bergaduh pula di luar stadium. Ada juga yang merosakkan kereta penyokong pasukan lawan.

3) Federal Reserve Unit (FRU)

Di saat kekecohan berlaku, ada suara-suara yang berbunyi seperti ini “Bodoh punya FRU bukan nak buat kerja, pukul jela!” dan “Semburlah gas kat diaorg, FRU setakat diri je baik tak payah”. Sangat menarik kerana apabila difikirkan kembali apa yang boleh pihak FRU lakukan di situasi sebegini. Andai FRU bertindak tegas pada malam itu, pastinya akan terpampang di muka depan surat khabar ataupun blog-blog di internet yang mengatakan keganasan pihak polis. Selain dari itu, jika pihak FRU tegas malam itu pastinya menjadi isu yang akan dipolitikkan oleh pihak tertentu terutamanya yang kononnya ingin menegakkan keadilan. Namun, apabila FRU mengambil keputusan untuk mengunakan kaedah ‘defensive’ dikatakan bodoh, tidak buat kerja, tidak tegas, dan sebagainya. Kesian mereka.

Pengalaman yang menarik ketika berada di stadium Shah Alam kerana dapat melihat 3 perkara dalam 1 masa iaitu perlawanan bola, kegilaan penonton, dan dilema pihak FRU. Simpati juga perlu diberikan kepada mereka yang dipukul beramai-ramai oleh penyokong yang tidak berakal.

Truely,
Alijoe

No comments: