Friday, February 1, 2013

Rakan Sahabat Selebriti 3

Dua perkara yang ingin diketengahkan di sini, yang pertama adalah populariti dan kedua adalah persabahatan.

Populariti

Nikmat populariti adalah sama seperti nikmat kekayaan, jika kita jarang merasakannya bila kita nikmatinya kita akan lupa daratan. Analogi mudah, jika kita selalu makan MacDonald kita akan rasa relax dan dalam hati 'alaa MacD je' tetapi jika tak pernah seumur hidup makan MacDonald tiba-tiba dapat maka akan berasa diri berada dalam taraf yang lain dan di dalam hati 'aku standard MacD, sape yang tak pernah makan MacD bukan tara aku'.

Bagi saya yang selalu menjadi center of attraction sejak kecik lagi, populariti tu apa laa sangat. Namun, mungkin bagi rakan saya itu yang menganggap ia sebagai sesuatu yang luar biasa dan mungkin menaikkan darjat ke peringkat yang lain. Berbeza dengan sahabat saya yang lebih mementingkan persahabatan berbanding populariti.

Persahabatan

Ramai yang berkata persahabatan terdiri dari beberapa peringkat. Kategorinya adalah:
  1. Kenalan
  2. Kawan-kawan
  3. Kawan
  4. Kawan Karib
  5. Kawan Sejati
Mungkin rakan saya tersebut tidak merakan yang kami rapat maka mengambil keputusan yang saya ini tidak penting dalam hidupnya jika dibandingkan kepada sahabat saya yang merasakan saya ini sahabat yang mempunyai nilai yang layak menjadi kawannya walau sudah bergelar selebriti.

Ok. Rasanya saya sudah jauh merepek di sini. Bangun-bangun pagi terfikir macam nak update blog jadi kepada sesiapa yang sudi membaca Terima Kasih. :)

End,
Alijoe86

Rakan Sahabat Selebriti 2

Saya dengan sahabat saya seorang ni merupakan penghuni Kolej Sempana Riau (SR) UiTM Johor Cawangan Segamat satu ketika dahulu. Namun ketika zaman UiTM Segamat itu, kami tidak lah rapat mana pun. Cuma kenal-kenal macam tu je.

Semasa saya dipilih masuk ke Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam, saya bercadang menyewa luar kampus kerana malas buat rayuan kolej kediaman (Ye saya admit saya mmg pemalas). Jadi dalam kelam kabut mencari rumah sewa di sekitar Shah Alam, Badek Gonzales mencadangkan agar menghubungi sahabat ini kerana dia pun sedang mencari rumah sewa.

Bermula dari situ kami menjadi rapat malah kami merupakan roomate ketika sewa dia sekitar Shah Alam (the only roomate semasa di rumah sewa Shah Alam). Jadi susah senang pun kita sama-sama harungi, yelah student life bukan senang kerana banyak cabaran dan pengajaran.

Selepas tamat belajar, sahabat saya ni mengambil keputusan untuk tidak meneruskan karier dalam bidang atau course yang dia belajar selama 6 semester di UiTM (mungkin dia kena buli masa internship kot :p hahaha...). Namun dia menggunakan skill-skill yang ada padanya untuk kerja yang membuatkan dia happy.

Dalam setahun lebih dia boleh lah digelar sebagai selebriti kerana dia sering dilihat bersama artis-artis popular, dia juga ada blog yang mempunyai ramai follower, malah follower di twitternya di kalangan remaja, dan dia juga penah beberapa kali keluar majalah kerana juga pandai bermain sukan extreme yang dipanggil skateboard. Tambahan pula, ketika dia mengiringi artis popular tanahair, gadis-gadis berebut ingin bergambar dengan dia dan bukannya artis popular tersebut (okay yang ni aku jeles dengan ko... hurm...).

Selepas bergelar selebriti, kami masih berkawan seperti biasa walaupun dia sibuk dengan kerja-kerja hariannya dan show-show yang dia perlu hadirkan diri namun sahabat saya ini masih mampu mencuri sedikit masa untuk datang ke Shah Alam ataupun ajak saya ke Damansara untuk meluangkan masa bersama tak kira lah menonton wayang, lepak di Ikea, ataupun lepak rumah membuang masa.

Bukan itu sahaja, apabila dia datang Johor Bahru dia akan inform saya agar dapat lepak bersama seperti mana ketika saya ke sekitar Lembah Klang saya akan inform dia dan lepak tengok movie ataupun mintak dia belanja. hahaha... (looking foward to meet you this coming Sunday bro)

Setelah meneliti cara sahabat saya ini dengan rakan saya yang sorang tu, maka timbul laa pelbagai pendapat-pendapat yang berkecamuk di minda ini. Semua itu akan diceritakan pada episod akan datang...

Bersambung episod 3 di SINI

Rakan Sahabat Selebriti 1

Hari pertama di bulan Februari 2013, sudah lama tidak update blog ni. Seperti biasa saya seorang yang malas jadi kemalasan tersebut menjadi sumber inspirasi untuk tidak mengUpdate blog ini. Isu yang akan diketengahkan pada hari ini merupakan senario sebenar-benar terjadi di alam nyata dan bukannya rekaan seperti drama-drama tv.

Adalah perkara normal sekiranya kita mempunyai kawan-kawan yang menjadi selebriti lantas mereka berubah sikap mungkin atas pelbagai sebab dan alasan mereka yang tersendiri.

Semasa zaman persekolahan, to be exact masa tingkatan 6; ada 2 orang rakan saya yang kebetulan mereka sepupu yang agak rapat dengan saya. Malahan, saya juga sering menghantar pulang mereka ke rumah atuk mereka di Larkin (p/s: zaman sekolah bawak kereta mmg cool :) hehehe...). Selepas masuk ke Universiti kami lost contact, almaklumlah zaman tu jgn kata FB, friendster pun belum ada lg.

Nak dijadikan cerita, seorang dari rakan saya tersebut telah menjadi selebriti, tak mahu kata laaa jadi pelakon ke, penyanyi ke, pengacara tv ke, atau artisan kerana ini sekadar kisah yang hanya dicetus untuk semua berfikir sejenak atau sekadar suka-suka sahaja.

Apabila zaman Facebook tiba, saya add kawan saya tersebut di FB namun tidak boleh kerana friend dia ramai sgt. Jadi sy send message di fb kata saya mahu add tapi tidak boleh. Sehari selepas itu, dia reply suruh add dia account 1 lagi (Account tu pun da deactivate sbb dia buat like page). Jadi saya pun add laa.

Kebetulan pada ketika itu saya belajar di Shah Alam. Maka saya pun hantar message kepadanya berkata if ada sekitar KL bglah tau boleh lepak2. Tiada maklum balas. Beberapa bulan kemudian saya message lagi ajak lepak juga, namun tiada maklum balas juga. Selang beberapa bulan tiada juga jawapan. So, saya ckp dalam hati takpelah orang xnak xkan nak paksa.

Kenapa saya beriya nak ajak lepak? Sebabnya, sebelum saya hantar message ajak lepak tu saya ada hantar message seperti ini 'apa khabar sekarang? lama tak dengar cerita' dan dia pun reply 'Baik. Haah kan, dah lama tak lepak sama kan'. 

Beberapa teori bermain di fikiran:
  1. Dia dah jadi selebriti, siapa lah kita nak kawan dengan dia.
  2. Mungkin dia busy kot, tapi tak kan busy bertahun-tahun sampai tak boleh reply message? padahal dia yang ajak lepak in the 1st place.
  3. Mungkin saya tak cukup cool nak lepak bersama kot, yelah dulu masa baru datang shah alam pun ada orang tegur sebab pakaian takde stail a.k.a. selekeh kata seorang hamba Allah tu.
  4. Mungkin dia busy kot, yelah selebriti memang busy.
  5. Saya kena jadi selebriti jugak kot, baru boleh lepak dengan selebriti.
Apapun alasannya, kisah ini untuk teladan dan pengajaran.

Belum habis lagi... bersambung di episod 2 di SINI