Saya dengan sahabat saya seorang ni merupakan penghuni Kolej Sempana Riau (SR) UiTM Johor Cawangan Segamat satu ketika dahulu. Namun ketika zaman UiTM Segamat itu, kami tidak lah rapat mana pun. Cuma kenal-kenal macam tu je.
Semasa saya dipilih masuk ke Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam, saya bercadang menyewa luar kampus kerana malas buat rayuan kolej kediaman (Ye saya admit saya mmg pemalas). Jadi dalam kelam kabut mencari rumah sewa di sekitar Shah Alam, Badek Gonzales mencadangkan agar menghubungi sahabat ini kerana dia pun sedang mencari rumah sewa.
Bermula dari situ kami menjadi rapat malah kami merupakan roomate ketika sewa dia sekitar Shah Alam (the only roomate semasa di rumah sewa Shah Alam). Jadi susah senang pun kita sama-sama harungi, yelah student life bukan senang kerana banyak cabaran dan pengajaran.
Selepas tamat belajar, sahabat saya ni mengambil keputusan untuk tidak meneruskan karier dalam bidang atau course yang dia belajar selama 6 semester di UiTM (mungkin dia kena buli masa internship kot :p hahaha...). Namun dia menggunakan skill-skill yang ada padanya untuk kerja yang membuatkan dia happy.
Dalam setahun lebih dia boleh lah digelar sebagai selebriti kerana dia sering dilihat bersama artis-artis popular, dia juga ada blog yang mempunyai ramai follower, malah follower di twitternya di kalangan remaja, dan dia juga penah beberapa kali keluar majalah kerana juga pandai bermain sukan extreme yang dipanggil skateboard. Tambahan pula, ketika dia mengiringi artis popular tanahair, gadis-gadis berebut ingin bergambar dengan dia dan bukannya artis popular tersebut (okay yang ni aku jeles dengan ko... hurm...).
Selepas bergelar selebriti, kami masih berkawan seperti biasa walaupun dia sibuk dengan kerja-kerja hariannya dan show-show yang dia perlu hadirkan diri namun sahabat saya ini masih mampu mencuri sedikit masa untuk datang ke Shah Alam ataupun ajak saya ke Damansara untuk meluangkan masa bersama tak kira lah menonton wayang, lepak di Ikea, ataupun lepak rumah membuang masa.
Bukan itu sahaja, apabila dia datang Johor Bahru dia akan inform saya agar dapat lepak bersama seperti mana ketika saya ke sekitar Lembah Klang saya akan inform dia dan lepak tengok movie ataupun mintak dia belanja. hahaha... (looking foward to meet you this coming Sunday bro)
Setelah meneliti cara sahabat saya ini dengan rakan saya yang sorang tu, maka timbul laa pelbagai pendapat-pendapat yang berkecamuk di minda ini. Semua itu akan diceritakan pada episod akan datang...
Bersambung episod 3 di SINI
No comments:
Post a Comment