Friday, February 1, 2013

Rakan Sahabat Selebriti 3

Dua perkara yang ingin diketengahkan di sini, yang pertama adalah populariti dan kedua adalah persabahatan.

Populariti

Nikmat populariti adalah sama seperti nikmat kekayaan, jika kita jarang merasakannya bila kita nikmatinya kita akan lupa daratan. Analogi mudah, jika kita selalu makan MacDonald kita akan rasa relax dan dalam hati 'alaa MacD je' tetapi jika tak pernah seumur hidup makan MacDonald tiba-tiba dapat maka akan berasa diri berada dalam taraf yang lain dan di dalam hati 'aku standard MacD, sape yang tak pernah makan MacD bukan tara aku'.

Bagi saya yang selalu menjadi center of attraction sejak kecik lagi, populariti tu apa laa sangat. Namun, mungkin bagi rakan saya itu yang menganggap ia sebagai sesuatu yang luar biasa dan mungkin menaikkan darjat ke peringkat yang lain. Berbeza dengan sahabat saya yang lebih mementingkan persahabatan berbanding populariti.

Persahabatan

Ramai yang berkata persahabatan terdiri dari beberapa peringkat. Kategorinya adalah:
  1. Kenalan
  2. Kawan-kawan
  3. Kawan
  4. Kawan Karib
  5. Kawan Sejati
Mungkin rakan saya tersebut tidak merakan yang kami rapat maka mengambil keputusan yang saya ini tidak penting dalam hidupnya jika dibandingkan kepada sahabat saya yang merasakan saya ini sahabat yang mempunyai nilai yang layak menjadi kawannya walau sudah bergelar selebriti.

Ok. Rasanya saya sudah jauh merepek di sini. Bangun-bangun pagi terfikir macam nak update blog jadi kepada sesiapa yang sudi membaca Terima Kasih. :)

End,
Alijoe86

2 comments:

FataMorgana said...

mungkin kadang2 orang tu tak perasan, dan boleh jadi juga kita sendiri juga menidakkan hak sahabat yg lain.. jgn risau hukum karma itu ada

Alijoe said...

mungkin juga... dalam hidup mmg byk kemungkinan.
;)