Tuesday, March 17, 2009

Insurance VS rakyat Malaysia

Pagi td bebual beberapa isu dgn teman serumah iaitu 'Faez si pejuang umat', maka timbul la isu mengenai insuran. Beliau menceritakan bagaimana tuntutan insuran tertangguh sejak 6 tahun lepas, proses-proses tuntutan, dan lain-lain lagi. Menurut beliau, kes perlu masuk makhamah, kena upah peguam, dan anggaran bayaran dari rm7000++ hanya boleh dapat rm4000++ sahaja kerana selebihnya akan dikira charge penguam dan CHARGE DARI SYARIKAT INSURAN.

Teringat pula kisah yang diceritakan oleh Cikgu Nordin (cikgu tuisyen) ketika dia berada di England. Kisahnya begini, dia telah terlibat dalam kemalangan jalanraya, tuan punya kereta terus bertukar kad insuran dan balik ke rumah masing-masing. Oleh kerana bukan rakyat negara itu dan tidak tau apa perlu dibuat, Cikgu Nordin pun buat tak tau je; tak pergi syarikat insuran atau sebagainya. dalam beberapa hari secara tiba-tiba syarikat insuran yang menelefon dia dan bertanya dan terus membuat proses tuntutan kemalangan yang tidak dituntut itu.


Ini la perbezaan insuran Malaysia dan luar negara. polisi jauh berbeza. Di negara kita syarikat insuran sering menuntut bayaran insuran kereta laa insuran nyawa laa atau lain-lain. minta orang bayar atau beli insuran diaorang. namun bila sesuatu berlaku dia letak procedur-procedur yang mengelirukan supaya tidak perlu membayar mangsa ataupun membayar dgn harga yang murah.


Salah seorang pakcik saya yang bekerja sebagai pegawai bank, dia cakap ada kawannya yang kehilanggan kereta. apabila ingin membuat tuntutan insuran (total lost) secara tiba-tiba kereta yang hilang tu boleh ditemui... dan lagi yang membuat isu itu bertambah pelik, kereta itu hanya tinggal rangka sahaja. oleh sebab rangka kereta itu ada maka tuntutan total lost tidak boleh dilaksanakan. syarikat insuran kata jika ingin tuntut bayaran, mereka hanya akan bayar kos pembaikpulihan. dengan erti kata lain, kereta yang tinggal rangka tu dibaiki jadi kereta semula dan owner x dapat bayaran pape sebab syarikat insuran terus berurusan dengan bengkel.


Pelik bukan kepalang. macam mana bangkai kereta tu bleh ditemui secara tiba-tiba betul-betul semasa owner nak wat tuntutan. sama ada syarikat insuran bersubahat dengan pencuri kereta atau dia ada mesin pencari yang tersangat lah hebat. Perkara yang sama berlaku pada keretaViva ibu yang dicuri orang. Apabila nak buat tuntutan insuran je tiba-tiba kereta bleh jumpa. hai.... di manakah ketelusan.


Rakyat negara kita ditindas oleh syarikat-syarikat insuran yang semakin berlambak di luar sana, dengan pelbagai taktik kotor mereka membuli kita. Bukankah kita pengguna? dia mana hak kita!!! Mungkin perkara ini tidak dirasai oleh golonggan kaya-raya kerana banyak duit, tetapi golonggan sederhana dan rendah pendapatan akan jelas terasa kesan penipuan ini.


Pernah sekali bertanya dengan orang yang menjual insuran 'kenapa bila nak duit senang je cari dan siap tuntut macam kita berhutang la pulak, tapi bila nak wat tuntutan susah bukan main lg?' jawapan yang diterima adalah 'kami terpaksa wat procedur-procedur tu sebab rakyat malaysia ske menipu dan buat tuntutan palsu.' hahahhahaha... Sekarang siapa menipu siapa ni???


Erm... serba salah, insuran tu wajib untuk semua kenderaan dan keperluan untuk kehidupan ni tapi syarikat-syarikat di malaysia ni jahat-jahat belaka.


kepada yang menjual insuran tu minta maaf laaa


apa yang ditulis ni mmg btol pun


korang memang penipu.


hahahaha


END

alijoe86

3 comments:

AnDeH said...

Entry yang menarik unt dikongsi...
Mungkin boley try cube Takaful dan liaht perbezaannya...
Or may sama aje pada sume dasar polisinye...

-Andeh-

Imran Azwan bin Azizan said...

Yerp...
Setuju ngan AnDeh diatas...
Bukak r takaful...

Insuran tu kan sistem separuh Islam separuh Kafir...nak kata full Kafir tak jugak (sbb org kafir ni baik jugak). Nak kate Islam dah tentu bukan.

Jadi Separuh Kafir (principals) Separuh Islam (abuse)

(';')

fiza said...

ADUH...
tersentap biler bc..
xsemua insurans mcm tu..
stuju sgt ngan Kencana Si Rawi..
Btw, if u dont have any life insurance, do contact me..
I'm a Prudential BSN Takaful Agent=)