Wednesday, September 23, 2009

siapakah pengundi yang bijak?

Sering kali hati tertanya siapakah pengundi yg bijak dan apakah ciri-ciri tersebut.
hurm...



kadang kala kita sebagai rakyat Malaysia terpedaya dengan janji2 dan pelbagai fitnah dunia akhir zaman ini. Antara contoh penipuan yang jelas dan nyata ialah, kita ke ceramah umno mereka akan berkata jadi lah pengundi yang bijak dengan mengundi parti kerana kami memperjuangkan bangsa, seterusnya ke ceramah parti pkr undi lah kami kerana kami memperjuangkan keadilan, dan pabila ke ceramah parti pas mereka akan berkata undi lah kami kerana kami memperjuangkan agama.



Persoalan utama, antara ketiga-tiga parti yang mana kah kita pilih akan menjadi pilihan yang tepat kerana kesemuanya bijak bermain kata serta menabur janji manis kepada semua orang. Impaknya, kita sebagai orang biasa akan berbelah bagi kerana ingin memilih mana yang lebih tepat dan menguntungkan.



Ini hanya cadangan dan saranan, fikirlah jika benar ataupun salah, itu hak anda untuk menilai;



Pada diri ini, untuk memilih tidak sukar, caranya mudah sahaja:



1) Jangan percaya apa-apa yang berlaku pada tarikh yang hampir dengan pilihanraya.
contohnya, dah dekat pilihan raya semua wakil rakyat tidak kira umno, pkr ataupun pas mula sibuk berbuat baik dan menabur bakti serta janji-janji yang belum pasti. Ataupun, pabila hampir dengan pilihan raya berlaku la kes yang bukan-bukan, itu semua jangan percaya. sebaliknya percaya la kepada apa yang berlaku 4 tahun seblumnya, kemudian nilai sendiri mana yang baik.



2) Percaya dengan apa yang berlaku
Ini mudah saja, banyak negara maju menggunakan cara ini. Begini, tempoh untuk pilihanraya besa adalah 5 tahun sekali, jadi nilai dari 5 tahun itu nilailah dari segi pembangunan, perubahan, kemajuan serta tak lupa janji-janji 5 tahun dahulu. contohnya, pkr pegang pentadbiran selangor, pas kelantan dan umno johor, jadi nilaikan kadar kemajuan, kadar perubahan negeri-negeri tersebut dan jangan lupa apa yang dijanjikan parti 5 tahun dahulu. Islam sepenuhnya kah kelantan, terbelakah Melayu di Johor ataupun tersangat adil kah situasi di selangor. mudah bukan? pakai mata dan minda kita dapat lihat secara jelas dan nyata.



3) Tolak segala alasan yang diberikan
Sebenarnya tidak kira parti mana, mereka akan memberi alasan seperti "tidak cukup 5 tahun untuk mengubah sesuatu perlukan masa lagi" atau " tidak dapat dilaksanakan atas sebab..."
pelbagai alasan yang diberikan. Wahai parti-parti politik, kamu diberi masa 5 tahun jika tak dapat buat apa yang kamu rancangkan ini bermakna kamu gagal. cuba kita lihat negara luar, Britain lah contohnya, pada 1 penggal jika mereka gagal kebiasaannya pilihanaya berikutnya mereka kalah.



banyak lagi yang bleh dicadangkan namun ini sudah memadai. kita amek pepatah dari bahasa inggeris " the end justify the need" kerana sesungguhnya keputusan yang membuktikan sesuatu.



sekian...


Alijoe86

Di sini tanpa kamu

hahahaha...
ni alih bahasa dari lagu here without u kumpulan 3 door down
siapa kata lagu melayu je jiwang?


DI SINI TANPAMU

seratus tahun menjadikan aku tua,
sejak kali terakhir ku lihat wajahmu yang jelita.

seribu cahaya telah menjadikan aku dingin,
dan ku tak fikir ku pandang ini dengan sama,

namun semua jarak yang memisah,
semuanya hilang sekarang bila ku bermimpikan wajah mu.

aku di sini tanpamu syg,
tapi kau masih dalam minda ku yang sunyi,
ku fikirkan tentangmu syg,
dan ku bermimpikan mu selalu,
aku di sini tanpamu syg,
namun kau masih di dalam bayangan ku,
dan mlm ini hanya antara kau dan aku.

berbatu-batu terus berputar,
orang dari semua arah mengucapkan hello,
ku dengar hidup ini berlebihan,
namun ku harap ia semakin baik akan datang,

aku di sini tanpamu syg,
tapi kau masih dalam minda ku yang sunyi,
ku fikirkan tentangmu syg,
dan ku bermimpikan mu selalu,
aku di sini tanpamu syg,
namun kau masih di dalam bayangan ku,
dan mlm ini hanya antara kau dan aku.

semua yang ku tahu,
dan ke mana saja ku pergi,
ia jadi semakin susah tapi tak dapat hilangkan cintaku,
dan yang terakhirnya tumbang,
bila semuanya telah dikatakan dan telah dibuat,
ia jadi semakin susah tapi tak dapat hilangkan cintaku

aku di sini tanpamu syg,
tapi kau masih dalam minda ku yang sunyi,
ku fikirkan tentangmu syg,
dan ku bermimpikan mu selalu,
aku di sini tanpamu syg,
namun kau masih di dalam bayangan ku,
dan mlm ini hanya antara kau dan aku.



susah gila nak tukar bahasa lirik lagu ni
hahaha...
ada yang salah kot.
=p