Monday, April 13, 2009

Respond to Badek and Sepat ttg Filem Melayu

Diri ini terbaca blog badek yang mengkritik filem melayu dan dia pun ada menyatakan yang di blog sepat pun ada kritikan juga, jadi tulisan ini adalah untuk rakan karib ku ber2 ini.

Iya, ada berberapa isu yg dibangkitkan itu ada benarnya dan diri ini sokong semangat dan pendapat mereka untuk memajukan industri filem negara. Namun begitu 1 soalan penting yang perlu dijawab, wahai 2 orang saudara ku berapa kali kah kalian ke wayang menonton filem melayu? Jika tidak sampai 100 filem tidak adil mempersoalkannya. Pada diri ini, filem melayu tetap ada nilainya dan standard yang tersendiri.

Kebanyakan filem melayu bertemakan kasih sayang, iya memang betul dan tidak dinafikan, namun itu lah yang diinginkan oleh majoriti rakyat Malaysia, cuba imbas kembali berapa banyak filem yang tak diletakkan babak cinta yang telah kecundang di industri ini. Sebagai contoh: Syukur21 (lakonan Raihan), Syaitan (Rosyam nor), dan lain-lain lagi. Pendek kata rakyat Malaysia atau lebih specific masyarakat Melayu inginkan filem2 sebegitu, so majoriti win. hehehehe...

Berkenaan dengan cuba meniru filem luar tu diri ini juga mempunyai pendapat yang sama. Contohnya filem Pontianak Harum Sundal Malam 2, babak pontianak turun tangga tu sebiji macam cite Juon kalau tak silap. Betul2 menghilangkan identiti hantu melayu. hihihi... Hantu melayu mana cecah tanah kecuali pocong, pontianak terbang and tak jejak tanah. Sebab tu la ada petua orang tua2 kalau nak tau hantu ke orang bila malam2, pusing belakang pastu kangkang pastu tgk dari celah kang2 tu, kalau cecah tanah manusia kalau tak hantu la jawabnya. Apalaa suhami baba... tipu ea...

banyak lagi yang boleh diperdebatkan di sini ttg industri filem negara ini, alasannya simple sahaja iaitu 'it's not perfect, coz nothing is perfect'. Jadi x payah pertikaikanlah. kalau suka pergi tengok, kalau tak suka dok diam je x payah kutuk. =)

ok la, ni antara filem2 melayu yg terlintas dan masih diingati oleh diri ini.

1) Geng (upin & ipin)
2) Buli (Adflin Shauki)
3) Cicakman (Saiful Apek)
4) Cinta (Banyak org)
5) Castello (Rosyam Nor)
6) Bisikan Cinta (Azhar Sulaiman)
7) Ali Setan (tak ingat nama hero dia)
8) Gila-Gila Remaja (Faizal Hussin)
9) Suami, Isteri dan... (Rosyam Nor)
10) Kami (Sudirman)
dan pelbagai lagi Zaman Badul, Os, P. Ramlee dan sebagainya...


end
Alijoe86

2 comments:

BadekGonzalez said...

arghhhh
itu laen dok
...
adeh
susah nak terangkan sbb ade unsur2 yg hanye aku n sepat paham..
antaranya:
kami xmahu bnde yg cliche
kami mahu mmntonton tersurat yg tersirat
kami mahu puas
kami mahu buka minda ngn benda baru
kami mahu kualiti yg optimum
bukan grafik hbat, jln cte sampah

tp, back to back,
tahniah sbb ada yg mncuba..
hoho

farhazoeLa said...

kenape x letak citer terbaru
jangan tegur. sangat seram. patut tengok! wayang sangat bising dengar perempuan menjerit + lelaki ketawa,