Hari pertama di bulan Februari 2013, sudah lama tidak update blog ni. Seperti biasa saya seorang yang malas jadi kemalasan tersebut menjadi sumber inspirasi untuk tidak mengUpdate blog ini. Isu yang akan diketengahkan pada hari ini merupakan senario sebenar-benar terjadi di alam nyata dan bukannya rekaan seperti drama-drama tv.
Adalah perkara normal sekiranya kita mempunyai kawan-kawan yang menjadi selebriti lantas mereka berubah sikap mungkin atas pelbagai sebab dan alasan mereka yang tersendiri.
Semasa zaman persekolahan, to be exact masa tingkatan 6; ada 2 orang rakan saya yang kebetulan mereka sepupu yang agak rapat dengan saya. Malahan, saya juga sering menghantar pulang mereka ke rumah atuk mereka di Larkin (p/s: zaman sekolah bawak kereta mmg cool :) hehehe...). Selepas masuk ke Universiti kami lost contact, almaklumlah zaman tu jgn kata FB, friendster pun belum ada lg.
Nak dijadikan cerita, seorang dari rakan saya tersebut telah menjadi selebriti, tak mahu kata laaa jadi pelakon ke, penyanyi ke, pengacara tv ke, atau artisan kerana ini sekadar kisah yang hanya dicetus untuk semua berfikir sejenak atau sekadar suka-suka sahaja.
Apabila zaman Facebook tiba, saya add kawan saya tersebut di FB namun tidak boleh kerana friend dia ramai sgt. Jadi sy send message di fb kata saya mahu add tapi tidak boleh. Sehari selepas itu, dia reply suruh add dia account 1 lagi (Account tu pun da deactivate sbb dia buat like page). Jadi saya pun add laa.
Kebetulan pada ketika itu saya belajar di Shah Alam. Maka saya pun hantar message kepadanya berkata if ada sekitar KL bglah tau boleh lepak2. Tiada maklum balas. Beberapa bulan kemudian saya message lagi ajak lepak juga, namun tiada maklum balas juga. Selang beberapa bulan tiada juga jawapan. So, saya ckp dalam hati takpelah orang xnak xkan nak paksa.
Kenapa saya beriya nak ajak lepak? Sebabnya, sebelum saya hantar message ajak lepak tu saya ada hantar message seperti ini 'apa khabar sekarang? lama tak dengar cerita' dan dia pun reply 'Baik. Haah kan, dah lama tak lepak sama kan'.
Beberapa teori bermain di fikiran:
- Dia dah jadi selebriti, siapa lah kita nak kawan dengan dia.
- Mungkin dia busy kot, tapi tak kan busy bertahun-tahun sampai tak boleh reply message? padahal dia yang ajak lepak in the 1st place.
- Mungkin saya tak cukup cool nak lepak bersama kot, yelah dulu masa baru datang shah alam pun ada orang tegur sebab pakaian takde stail a.k.a. selekeh kata seorang hamba Allah tu.
- Mungkin dia busy kot, yelah selebriti memang busy.
- Saya kena jadi selebriti jugak kot, baru boleh lepak dengan selebriti.
Apapun alasannya, kisah ini untuk teladan dan pengajaran.
Belum habis lagi... bersambung di episod 2 di
SINI